Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa
saudara Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Abu Talib dan isteri baginda, Khadijah,
meninggal dunia. Oleh itu, baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu
untuk mengurangkan tekanan dan penindasan tersebut. Antaranya termasuklah
membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.
1 komenNabi Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk menyebarkan agama Islam ke tempat baru. Malangnya, usaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan daripada orang Arab Quraisy. Sebagai rasul dan pemimpin agung, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhinya. Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang Islam. Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah, menyebabkan Islam semakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang Arab Quraisy. Sehingga akhirnya Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab. Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, Nabi Muhammad s.a.w. memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. setelah baginda menerima perintah Allah dan untuk memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj. Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul, iaitu kerajaan Islam Madinah dan meruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
*Hijrah ke Habsyah
· Penghijrahan orang Islam ke Habsyah dari Makkah
merupakan hijrah yang pertama.
· Nabi Muhammad s.a.w. tidak turut berhijrah ke
Habsyah kerana ingin memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan
menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah.
· Ada antara orang Islam yang berhijrah ke Habsyah
menyusuli Nabu Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Madinah dan ada pula yang
kembali semula ke Makkah.
|