Kemunculan Tamadun Islam


Kemunculan Tamadun Islam

Tajuk
♥ Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah

♥ Peta Minda


Kumpulan
Ahli Kumpulan:
♥ Tio Mi Kin
♥ Chew Jia Yi
♥ Ong Wuey Qi
♥ Amanda Wong
♥ Joline Lee

Kelas:
♥ S4A

Sekolah:
♥ SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Penghargaan
♥ Pengetua, Cik Yeo Eng Sim
♥ Guru Sejarah, En Mohammad Naim
♥ Blogger

Rujukan
♥ Google
♥ Wikipedia
♥ Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Komen
Penerimaan Terhadap Islam
Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di Makkah telah menimbulkan reaksi positif dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy. Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda merupakan orang yang paling awal menerima dakwah Islamiah. Pada tahap ini, Nabi Muhammad s.a.w. memilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat awal kerana Islam masih baru dikenali dan bilangan penganut Islam masih sedikit. Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan.
Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap menerima Islam dengan penuh yakin. Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam termasuklah Bilal bin Rabah, keluarga Yassir, Amir bin Fuhairah dan Zunainah. Bilal bin Rabah telah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf. Manakala keluarga Yassir telah dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya, Sumaiyah, mati syahid. Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi gila dan Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.

Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu kerana kermurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah. Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah. Oleh itu, jasa dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana dengan pengorbanan baginda, Islam telah tersebar luas pada hari ini. Antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam. Selain itu, Nabi juga membacakan ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat, di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.

Dalam menyebarkan Islam Nabi Muhammad s.a.w. telah menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah, tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam. Menerusi cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ity orang ramai mudah tertarik kepada Islam, walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub dengan amalan tradisi masyarakat mereka. Selain itu, mereka juga telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w. yang sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia. Kekuatan mental, fizikal, dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan perkembangan Islam di Makkah. Kesemua sifat positif Nabi Muhammad s.a.w. ini menjadi teladan untuk kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita juga harus menyedari bahawa untuk mencapai kejayaan, kita hendaklah berusaha mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.


*Bilal bin Rabah
·    Beliau ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah.
·    Beliau telah diseksa oleh tuannya dengan kejam, misalnya, dengan cara dijemur, diselar dengan besi panas, dan ditindih dadanya dengan batu. Walaupun diseksa dengan kejam, Bilal tetap beriman dengan Allah.
·    Abu Bakar al- Siddiq telah membeli Bilal daripada tuannya, Umaiyah, semasa beliau diseksa.
·    Beliau ialah muazzin (orang yang melaungkan azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam.
0 komen