Penyebaran Islam
di Makkah dilakukan secara berperingkat,iaitu pada mulanya (3 tahun) dan
kemudian secara terbuka (10 tahun). Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan
kepada ahli keluarga baginda. Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan setelah
baginda menerima perintah Allah supaya dakwah Islamiah dilakukan kepada
masyarakat Makkah secara terang-terangan.
0 komen
Baginda telah
menjalankan dakwah Islamiah secara rahsia kepada keluarga baginda sendiri dan
sahabat yang rapat. Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti
Khuwailid (isteri Nabi Muhammad s.a.w.),
Ali bin Abu Talib (sepupu Nabi Muhammad s.a.w.), Zaid bin Harithah (anak
angkat), dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib).Melalui Abu Bakar, beberapa
orang tokoh Quraisy (Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu
Arqam)telah memeluk agama Islam.Kemudian, al-Arqam bin Abu Arqam telah menjadikan
rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah. Walaupun bilangan
penganut Islam pada peringkat ini kecil, ini merupakan kejayaan yang sangat besar
bagi baginda. Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah
memerlukan pengorbanan yang besar. Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w.dan kejujuran para
sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.
Mereka yang memeluk Islam pada peringkat awal ini bukan sahaja terdiri daripada
golongan bawahan malah golongan bangsawan seperti Khadijah binti Khuwailid dan
Abu Bakar al-Siddiq.
Dakwah Islamiah
secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib, iaitu kaum kerabat baginda
setelah turunnya ayat al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada
kaum kerabat baginda. Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah
bermusyawarah majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib. Dalam majlis itu, Nabi
Muhammad s.a.w. telah menerangkan tentang Islam. Pada peringkat ini, terdapat
antara keluarga baginda yang menerima dan juga yang menolakseruan baginda.
Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.
Dakwah Islamiah
secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa, Makkah, setelah
Allah menurunkan perintah menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94. Majlis ini
dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah ketua
Bani Abdul Muttalib, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Perbasan hebat
telah berlaku antara Nabi Muhammad
s.a.w.dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda sehingga dakwah Islamiah
yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu.
|