Nabi Muhammad s.a.w memiliki empat sifat terpuji yang utama,
iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan
fatanh (bijaksana). Sifat siddiq Nabi Muhammad s.a.w. diakui sendiri oleh orang
Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Makkah.
1 komen
Baginda digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana
perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.
Panggilan al-Amin terhadap Nabi Muhammad telah menjadi sebati di kalangan
masyarakat Arab sehinggakan panggilan Nabi Muhammad tidak digunakan. Sifat
amanah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad telah menyebabkan Khadijah binti
Khuwailid meyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk baginda untuk
diperniagakan. Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan
ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadaoi pelbagai rintangan.
Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul
terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Contohnya, semasa berumur 35 tahun,
baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan Arab Quraisy. Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan
semula Hajar Aswad (batu hitam )ke tempat asalnya, iaitu penjuru timur
Kaabah.Hajar Aswad ini terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.
*Peristiwa Perletakan
Semula Hajar Aswad
Banjir menyebabkan
Hajar Aswad terjatuh daripda posisi asalnya. Semasa hendak meletakkannya semula
timbul pertelingkahan dalam kalangan kabilah Arab Quraisy. Mereka bersepakat
untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
hakim. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. telah
meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban. Wakil setiap kabilah
diminta memegang setiap bahagian kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad
s.a.w. meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya.Tindakan baginda itu
menyebabkan semua kabilah berpuas hati.
*Hajar Aswad
Hajar Aswad telah ada di sisi kaabah sebelum Nabi Muhammad s.a.w. lahir.Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad tidak mengubah posisinya.
Umat-umat Islam yang bertawaf di kaabah dianjurkan untuk menghormatinya.
Baginda
merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana sifat kepimpinannya serta
sifat pengasihnya dan timbang rasanya. Baginda sertng membantu isterinya
memasak, melayan anak, menampal pakaian yang koyak gan membersihkan rumah.
Anak;anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri
baginda teladan kepada anak-anaknya.Hal ini menunjukkan baginda
mengamalkankehidupan yang sederhana.
Walaupun
kedudukan baginda tinggi dan dihormati masyarakat tetapi baginda sentiasa
merendah diri memandangkan baginda bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Selain
itu, baginda juga bersikap penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak. Semasa
pembukaan semula kota Makkah pada tahun630M., baginda telah menunjukkan sifat
pemaaf.Contohnya, orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan
dibebaskan.
Nabi Muhammad
s.a.w. juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Sifat
ini terserlah semasa baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628M.
dengan orang Arab Quraisy Makkah.Walaupun kandungan perjanjian tersebut
kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya sebagai hikmah untuk menyebarkan
Islam seterusnya.
Sebelum dilantik
menjadi rasul, baginda sering memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang
tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah. Nabi Muhammad s.a.w. mula
berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yan dipegang oleh
masyarakat di sekelilingnya. Baginda bertahannuth(mengasingkan diri untuk
beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur(Jabal Nur).
Walaupun Gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi baginda dengan sabar dan
tabah mendakinya semata-mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan
tenang. Dengan sepenuh jiwa raba baginda menyerahkan diri kepada Allah dan
memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Arab Quraisy Makkah.
Selepas lebih
kurang 6 bulan Nabi Muhammad s.a.w. berulang-alik dan bertahannuth di Gua
Hirak, akhirnya, pada 6 Ogos tahun 610M.,bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah
menurunkan wahyu pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w.melalui Jibril.Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w.berumur 40
tahun.Dengan turunnya wahyu ini, bermula era baru dalam sejarah tamadun
masyarakat Arab Jahiliah. Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara Zaman
Jahiliah dengan Zaman Islam.
|