Kemunculan Tamadun Islam


Kemunculan Tamadun Islam

Tajuk
♥ Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

♥ Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

♥ Penyebaran Islam di Makkah

♥ Penentangan Terhadap Islam

♥ Penerimaan Terhadap Islam

♥ Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah

♥ Peta Minda


Kumpulan
Ahli Kumpulan:
♥ Tio Mi Kin
♥ Chew Jia Yi
♥ Ong Wuey Qi
♥ Amanda Wong
♥ Joline Lee

Kelas:
♥ S4A

Sekolah:
♥ SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Penghargaan
♥ Pengetua, Cik Yeo Eng Sim
♥ Guru Sejarah, En Mohammad Naim
♥ Blogger

Rujukan
♥ Google
♥ Wikipedia
♥ Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Komen
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
Nabi Muhammad s.a.w berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, iaitu Qusai bin Kilab, namun, keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim, iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah, kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Dengan penguasaan terhadap Makkah, Kaabah dan telaga zamzam juga dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad s.a.w Keturunan Nabi Muhammad s.a.s memang bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok-belok perniagaan.

Selain Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Muttalib, iaitu datuk Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah memerajui kepimpinan Makkah pada Zaman Jahiliah.

Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormatI oleh kabilah Arab yang lain. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda Aminah binti Wahab. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M, iatu pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan  di rumah datuk baginda Abdul Muttalib dan beliau telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji.

Nabi Muhammad s.a.w.
Bapa baginda meninggal dunia pada ketika Nabi Muhammad s.a.w. masih dalam kandungan ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab pula telah meninggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib. Selepas Abdul Muttalib meninggal dunia, baginda dipelihara pula oleh Abdul Talib iaitu bapa saudara baginda. Dengan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun. Kaum keluarga baginda pula sangat prihatin terhadap terhadap baginda dan seterusnya sanggup pula membela dan memberikan kasih saying yang sewajarnya.

Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari segi pekerjaan, baginda pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib. Pengalaman baginda dalam bidang pernigaan pula diperoleh sejak baginda berusia 12 tahun, iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam, sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab. Selain itu, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di basrah.

Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkaya lagi pengalaman baginda.

Pada ketika berusia 20 tahun, baginda lebih giat berdagang dan baginda pernah berniga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya. Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid. Abu Talib telah menemui Khadijah danmeminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah.

Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba Khadijah. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda serta kepandaian baginda mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berniaga telah menimbulkan perasaan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan. Peristiwa ini berlaku pada ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.
4 komen