Secara umum, tamadun
awal dunia terbentuk di lembah sungai seperti di Sungai Tigris dan Euphrates,
Sungai Nil, Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho. Walau bagaimanapun, hal ini
berbeza daripada kemunculan tamadun Islam. Kemunculan tamadun Islam dianggap
unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di
kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang, iaitu di Hijaz. Oleh itu,
pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di
samping merupakan anugerah Allah kepada umat manusia. Semasa tamadun Islam
berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di
utara Semenanjung Tanah Arab.
*Hijaz
*Makkah
|
Lokasi tamadun Islam dan keluasannya |
|
Makkah |
Perkataan
jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, jahala yang bermaksud
jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini
telah digunakan oleh orang Islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh
Islam dalam corak kehiduapan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah
pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka masa
selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada
Nabi Muhammad s.a.w.. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310
tahun, iaitu dari tahun 300M. hingga 610M. seperti yang ditunjukkan dalam carta
masa di bawah. Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah
kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan
rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman. Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa,
Nabi Isa dan sebagainya.
Tarikh
|
300
M.
|
570 M.
|
610 M.
|
Peristiwa
|
Pecahnya
Empangan Maarib
|
Kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w.
|
Turun
wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bermulalah zaman Islam
|
Carta Masa: Jangka Masa Zaman Jahiliah
Zaman Jahiliah dianggap
sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah
Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.
Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu
tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam
kehidupan. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh
dan degil. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai
mengalami proses perubahan.
*Empangan
Maarib
- disebabkan berlakunya banjir besar
- disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk
membaikinya semula
*Kerajaan
Sabak
- wujud dalam dua peringkat iaitu:
1. 950-650 S.M.
2. 650-115 S.M.
- ekonominya berasaskan pertanian dan perdagangan
- pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang
dikenali sebagai Ratu Balqis
*Nabi
Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk
menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri.
*Rasul
Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk
menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan
kepada orang ramai.
*Wahyu
Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi
dan rasul melalui malaikat Jibril.
*s.a.w. merupakan singkatan bagi sallallahu alaihi
wassalam yang bermaksud Allah merahmati Nabi Muhammad.
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah
Secara
umum, masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu
masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan
gurun dan pedalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.
Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah
Arab. Oleh sebab kawasan petempatan mereka berbeza, maka, secara tidak langsung
cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza. Ciri-ciri kehidupan masyarakat
Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan dan
nilai hidup yang dipegang.
Masyarakat
Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina
dan meminum arak. Mengikut fahaman mereka, seseorang lelaki yang meminum arak
sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki. Kedudukan
lelaki dalam masyarakat Arab Jahiliah pula adalah rendah sehingga mereka tidak dapat
mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Terdapat dalam kalangan mereka
yang menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan. Pembunuhan terhadap
bayi perempuan dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan
menjatuhkan maruah keluarga. Dalam soal perkahwinan pula, tidak ada peraturan
khusus yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh masyarakat Arab Jahiliah.
Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau
dengan sesiapa yang disukainya.
Aktiviti perniagaan
yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. Sikap para
pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata. Kegiatan
merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan
punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah. Merompak dikatakan sebagai
kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dan setiap kabilah. Selain
itu, eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa
yang dilakukan oleh golongan berada.
Terdapat
empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah, iaitu agama
wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi
(Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai
roh orang mati menjadi burung).
Berdasarkan
catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut
agama Hanif. Setelah kira-kira 3500 tahun, penganut agama Hanif telah melupakan
ajaran ini secar beransur-ansur. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang
mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab
Jahiliah.
Masyarakat Arab
Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan
berkelompok. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan
mereka tinggal dalam sesebuah kawasan. Setiap kabilah mempunyai identiti dan
peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taasub dan fanatik
terhadap kabilah masing-masing. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang
juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka. Pelantikan syeikh dalam sesebuah
kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu. Antaranya, bakal syeikh
tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan
ramai. Beliau juga mestilah berfikiran matang, gagah, berani dan pandai
berpidato.
*Kafilah
Kumpulan
manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan satu tujuan,
contohnya berniaga atau berpindah.
*Khurafat
Kepercayaan
karut atau tahyul
1.
mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang mesti berpandukan arah burung
2.
mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum
3.
mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan seseorang itu
kuat
*Sebelum
kemunculan Islam telah wujud agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi
terdahulu.
1.
waraqah bin Naufal
2.
Uthman bin Huwairith
3.
Abdullah bin Jahsh
4.
Umaiyah bin Abi Salt
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
Nabi
Muhammad s.a.w berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, iaitu
Qusai bin Kilab, namun, keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim,
iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir
Makkah, kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Dengan
penguasaan terhadap Makkah, Kaabah dan telaga zamzam juga dapat dikuasai oleh
keluarga Nabi Muhammad s.a.w Keturunan Nabi Muhammad s.a.s memang bijak dalam
urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok-belok perniagaan.
Selain
Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Muttalib, iaitu datuk Nabi Muhammad s.a.w.
juga pernah memerajui kepimpinan Makkah pada Zaman Jahiliah.
Nabi
Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormatI oleh kabilah
Arab yang lain. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda
ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda Aminah binti Wahab. Nabi
Muhammad s.a.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M, iatu pada malam
Isnin bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan di rumah datuk baginda Abdul Muttalib dan
beliau telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji.
|
Nabi Muhammad s.a.w. |
Bapa
baginda meninggal dunia pada ketika Nabi Muhammad s.a.w. masih dalam kandungan
ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan
kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika berusia
enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab pula telah meninggal dunia dan
baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib. Selepas Abdul
Muttalib meninggal dunia, baginda dipelihara pula oleh Abdul Talib iaitu bapa
saudara baginda. Dengan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu
sejak berumur enam tahun. Kaum keluarga baginda pula sangat prihatin terhadap terhadap
baginda dan seterusnya sanggup pula membela dan memberikan kasih saying yang
sewajarnya.
Sejak
kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari segi
pekerjaan, baginda pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda,
Abu Talib. Pengalaman baginda dalam bidang pernigaan pula diperoleh sejak
baginda berusia 12 tahun, iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa
saudara baginda ke Syam, sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung
Tanah Arab. Selain itu, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh
seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di
basrah.
Pemerhatian
terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan perdagangan bapa
saudara baginda ke Syam telah memperkaya lagi pengalaman baginda.
Pada
ketika berusia 20 tahun, baginda lebih giat berdagang dan baginda pernah
berniga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya. Abu Talib, bapa
saudara Nabi Muhammad s.a.w., menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap.
Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan
Khadijah binti Khuwailid. Abu Talib telah menemui Khadijah danmeminta agar
baginda diterima sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah.
Baginda
menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba Khadijah.
Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan
perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih
besar kepada baginda. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda serta
kepandaian baginda mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda
menyebabkan perniagaan baginda memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berniaga telah
menimbulkan perasaan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah
membawa kepada perkahwinan. Peristiwa ini berlaku pada ketika baginda berumur
25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.
Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w memiliki empat sifat terpuji yang utama,
iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan
fatanh (bijaksana). Sifat siddiq Nabi Muhammad s.a.w. diakui sendiri oleh orang
Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Makkah.
Baginda digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana
perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong.
Panggilan al-Amin terhadap Nabi Muhammad telah menjadi sebati di kalangan
masyarakat Arab sehinggakan panggilan Nabi Muhammad tidak digunakan. Sifat
amanah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad telah menyebabkan Khadijah binti
Khuwailid meyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk baginda untuk
diperniagakan. Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan
ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadaoi pelbagai rintangan.
Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul
terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Contohnya, semasa berumur 35 tahun,
baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan Arab Quraisy. Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan
semula Hajar Aswad (batu hitam )ke tempat asalnya, iaitu penjuru timur
Kaabah.Hajar Aswad ini terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.
|
Hajar Aswad |
*Peristiwa Perletakan
Semula Hajar Aswad
Banjir menyebabkan
Hajar Aswad terjatuh daripda posisi asalnya. Semasa hendak meletakkannya semula
timbul pertelingkahan dalam kalangan kabilah Arab Quraisy. Mereka bersepakat
untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
hakim. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. telah
meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban. Wakil setiap kabilah
diminta memegang setiap bahagian kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad
s.a.w. meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya.Tindakan baginda itu
menyebabkan semua kabilah berpuas hati.
*Hajar Aswad
Hajar Aswad telah ada di sisi kaabah
sebelum Nabi Muhammad s.a.w. lahir.Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad tidak mengubah posisinya.
Umat-umat Islam yang bertawaf di kaabah
dianjurkan untuk menghormatinya.
Baginda
merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana sifat kepimpinannya serta
sifat pengasihnya dan timbang rasanya. Baginda sertng membantu isterinya
memasak, melayan anak, menampal pakaian yang koyak gan membersihkan rumah.
Anak;anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri
baginda teladan kepada anak-anaknya.Hal ini menunjukkan baginda
mengamalkankehidupan yang sederhana.
Walaupun
kedudukan baginda tinggi dan dihormati masyarakat tetapi baginda sentiasa
merendah diri memandangkan baginda bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Selain
itu, baginda juga bersikap penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak. Semasa
pembukaan semula kota Makkah pada tahun630M., baginda telah menunjukkan sifat
pemaaf.Contohnya, orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan
dibebaskan.
Nabi Muhammad
s.a.w. juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Sifat
ini terserlah semasa baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628M.
dengan orang Arab Quraisy Makkah.Walaupun kandungan perjanjian tersebut
kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya sebagai hikmah untuk menyebarkan
Islam seterusnya.
Sebelum dilantik
menjadi rasul, baginda sering memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang
tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah. Nabi Muhammad s.a.w. mula
berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yan dipegang oleh
masyarakat di sekelilingnya. Baginda bertahannuth(mengasingkan diri untuk
beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur(Jabal Nur).
Walaupun Gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi baginda dengan sabar dan
tabah mendakinya semata-mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan
tenang. Dengan sepenuh jiwa raba baginda menyerahkan diri kepada Allah dan
memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Arab Quraisy Makkah.
Selepas lebih
kurang 6 bulan Nabi Muhammad s.a.w. berulang-alik dan bertahannuth di Gua
Hirak, akhirnya, pada 6 Ogos tahun 610M.,bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah
menurunkan wahyu pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w.melalui Jibril.Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w.berumur 40
tahun.Dengan turunnya wahyu ini, bermula era baru dalam sejarah tamadun
masyarakat Arab Jahiliah. Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara Zaman
Jahiliah dengan Zaman Islam.
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Wahyu pertama
yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq ayat 1-5
yang memerintahkan umat Islam supaya banyak membaca.
Seterusnya,
wahyu kedua diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., iaitu surah al-Muddasir,
ayat1-7.Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
Rasullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada
seluruh manusia. Sejak turunnya ayat al-Quran ini Nabi Muhammad s.a.w. terus
–menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab
Quraisy Makkah.
Nabi Muhammad
s.a.w. mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat
sekelilingnya dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa. Nabi
Muhammad s.a.w. menggesa masyarakat di sekelilingnya untuk meninggalkan amalan
yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh dan mencuri.
Penyebaran Islam di Makkah
Penyebaran Islam
di Makkah dilakukan secara berperingkat,iaitu pada mulanya (3 tahun) dan
kemudian secara terbuka (10 tahun). Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan
kepada ahli keluarga baginda. Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan setelah
baginda menerima perintah Allah supaya dakwah Islamiah dilakukan kepada
masyarakat Makkah secara terang-terangan.
Baginda telah
menjalankan dakwah Islamiah secara rahsia kepada keluarga baginda sendiri dan
sahabat yang rapat. Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti
Khuwailid (isteri Nabi Muhammad s.a.w.),
Ali bin Abu Talib (sepupu Nabi Muhammad s.a.w.), Zaid bin Harithah (anak
angkat), dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib).Melalui Abu Bakar, beberapa
orang tokoh Quraisy (Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu
Arqam)telah memeluk agama Islam.Kemudian, al-Arqam bin Abu Arqam telah menjadikan
rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah. Walaupun bilangan
penganut Islam pada peringkat ini kecil, ini merupakan kejayaan yang sangat besar
bagi baginda. Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah
memerlukan pengorbanan yang besar. Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w.dan kejujuran para
sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan.
Mereka yang memeluk Islam pada peringkat awal ini bukan sahaja terdiri daripada
golongan bawahan malah golongan bangsawan seperti Khadijah binti Khuwailid dan
Abu Bakar al-Siddiq.
Dakwah Islamiah
secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib, iaitu kaum kerabat baginda
setelah turunnya ayat al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada
kaum kerabat baginda. Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah
bermusyawarah majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib. Dalam majlis itu, Nabi
Muhammad s.a.w. telah menerangkan tentang Islam. Pada peringkat ini, terdapat
antara keluarga baginda yang menerima dan juga yang menolakseruan baginda.
Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.
Dakwah Islamiah
secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa, Makkah, setelah
Allah menurunkan perintah menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94. Majlis ini
dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah ketua
Bani Abdul Muttalib, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Perbasan hebat
telah berlaku antara Nabi Muhammad
s.a.w.dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda sehingga dakwah Islamiah
yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu.
Penentangan Terhadap Islam
Penentangan terhadap dakwah Islamiah dilakukan dengan
pelbagai cara. Selain dicemuh, Nabi Muhammad s.a.w. turut diganggu semasa
beribadat. Contohnya, semasa baginda bersembahyang, benda- benda yang kotor
telah diletakkan di tengkuk baginda. Malahan ada orang yang ingin membunuh
baginda.
Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam
sedangkan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. telah diakui? Penentangan orang Arab
Quraisy Makkah terhadap ajaran Islam adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya termaksuklah perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang
Arab Quraisy dengan Islam. Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah
Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi
turun- temurun mereka, iaitu menyembah patung berhala dan mempercayai animisme.
Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan
prinsip persamaan taraf sesama manusia. Prinsip ini amat bertentangan dengan
sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara
golongan atasan dengan bawahan. Selain itu, mereka juge menolak konsep
persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi
pegangan mereka. Begitu juga dengan amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri
dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh
Islam.
Dari segi politik, penentangan ini berlaku disebabkan oleh
orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi. Mereka
menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka akan terpaksa tunduk kepada
kepimpinan Nabi Muhmammad s.a.w.. Sejak dahulu masyarakat Makkah sentiasa
bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah. Penyebaran Islam oleh Nabi
Muhammad s.a.w. sedikit sebanyak akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga
mereka di Makkah. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada
keturunan yang menguasai kepimpinan kota Makkah.
Penyebaran Islam juga menggugat ekonomi orang Arab Quraisy
kerana hal ini menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala yang merupakan
sebahagian daripada aktiviti ekonomi mereka. Ini disebabkan Islam mewajibkan
penganutnya menyembah Allah Yang Maha Esa dan melarang penyembahan berhala.
Dengan penyebaran Islam, secara tidak langsung perniagaan patung berhala akan
terjejas.
Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam
dilakukan secara berterusan dan menerusi pelbagai cara. Penyair Arab Quraisy
sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka. Walaupun pelbagai tohmahan
dan tuduhan telah dikenakan kepada Nabi Muhammad s.a.w., namun, baginda
menghadapinya dengan tabah dan sabar. Inilah keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai pemimpin yang berwibawa dan yang tidak pernah kecewa dengan dugaan yang
ditempuhinya. Kesabaran merupakan kunci kejayaan kepada orang yang berjuang
dalam apa bidang sekalipun.
Setelah gagal menggunakan kekerasan, orang Arab Quraisy juga
telah memujuk Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan dakwah Islamiah. Pujukan
yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. dengan tegas menolah cubaan untuk
merasuah baginda.
Orang
Arab Quraisy juga telah melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan
keluarga baginda. Mereka telah menulis pernyataan tentang pemulauan itu dan
menggantungkannya di Kaabah.
*Bentuk pemulauan kepada keluarga Nabi (Bani Hashim dan
Bani al- Muttalib)
· Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti
jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w..
· Mereka tidak memberikan sebarang bentuk
pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w..
· Mereka tidak berkahwin dengan anggota keluarga
Nabi Muhammad s.a.w..
Semasa pemulauan ini berlangsung, kehidupan
Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam sangat terhimpit. Walau bagaimanapun, Abu
Talib, bapa saudara Nabi Muhammad, sentiasa melindungi dan membantu baginda.
Pemulauan ini berjalan selama tiga tahun sahaja kerana kedapatan dalam kalangan
orang Arab Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan ini dengan
memberikan bantuan kepada orang Islam. Golongan Islam yang berkemampuan telah
membantu golongan kurang berada. Khadijah sanggup berkoban dengan menyerahkan
kesemua hartanya demi membantu perjuangan Islam yang suci. Pengorbanan wanita
dalam memperjuangkan Islam bukan sahaja dilakukan oleh Khadijah di Makkah,
malah diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan yang lain di Madinah. Hal
ini membuktikan bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam usahah
membangunkan sesebuah negara dengan memberikan bantuan yang diperlukan oleh
pihak tertentu. Dengan bantuan dan sokongan tersebut, sesuatu masalah yang
rumit dapat diselesaikan dengan mudah.
*Aisyah
· Nama sebenarnya ialah Aisyah binti Abu Bakar dan
merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang paling muda.
· Aisyah ialah wanita yang bijak, kuat ingatan,
dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Islam.
· Aisyah menjadi sumber rujukan utama bagi orang
Islam tentang hukum- hukum Islam.
Penerimaan Terhadap Islam
Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di Makkah telah menimbulkan reaksi positif dalam
kalangan masyarakat Arab Quraisy. Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda
merupakan orang yang paling awal menerima dakwah Islamiah. Pada tahap ini, Nabi
Muhammad s.a.w. memilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada
peringkat awal kerana Islam masih baru dikenali dan bilangan penganut Islam
masih sedikit. Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan
asas Islam itu dihancurkan.
Kebanyakan
penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan
seperti hamba. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang
memberikan layanan yang sama kepada semua manusia. Walaupun ada dalam kalangan
mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap menerima Islam
dengan penuh yakin. Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam termasuklah Bilal
bin Rabah, keluarga Yassir, Amir bin Fuhairah dan Zunainah. Bilal bin Rabah
telah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf. Manakala
keluarga Yassir telah dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya,
Sumaiyah, mati syahid. Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh
tuannya sehingga menjadi gila dan Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga
matanya menjadi buta.
Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu
kerana kermurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah.
Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah. Baginda tidak memaksa
orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang
dianugerahi Allah. Oleh itu, jasa dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam
menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana dengan pengorbanan baginda,
Islam telah tersebar luas pada hari ini. Antara pendekatan yang digunakan oleh
baginda termasuklah membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah
dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam. Selain itu, Nabi juga membacakan
ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat, di samping memberikan
penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.
Dalam
menyebarkan Islam Nabi Muhammad s.a.w. telah menanamkan keimanan yang kuat
kepada pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah, tetapi
kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam. Menerusi
cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ity orang ramai mudah tertarik
kepada Islam, walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub dengan amalan tradisi
masyarakat mereka. Selain itu, mereka juga telah mengenali peribadi Nabi
Muhammad s.a.w. yang sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia.
Kekuatan mental, fizikal, dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan perkembangan
Islam di Makkah. Kesemua sifat positif Nabi Muhammad s.a.w. ini menjadi teladan
untuk kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita juga harus menyedari bahawa
untuk mencapai kejayaan, kita hendaklah berusaha mengatasi cabaran dan halangan
yang dihadapi.
*Bilal bin Rabah
· Beliau ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang
berasal dari Habsyah.
· Beliau telah diseksa oleh tuannya dengan kejam,
misalnya, dengan cara dijemur, diselar dengan besi panas, dan ditindih dadanya
dengan batu. Walaupun diseksa dengan kejam, Bilal tetap beriman dengan Allah.
· Abu Bakar al- Siddiq telah membeli Bilal
daripada tuannya, Umaiyah, semasa beliau diseksa.
· Beliau ialah muazzin (orang yang melaungkan
azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam.
Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah
Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa
saudara Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Abu Talib dan isteri baginda, Khadijah,
meninggal dunia. Oleh itu, baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu
untuk mengurangkan tekanan dan penindasan tersebut. Antaranya termasuklah
membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.
Nabi
Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk menyebarkan
agama Islam ke tempat baru. Malangnya, usaha ini kurang berkesan dan tidak
dapat mengurangkan tentangan daripada orang Arab Quraisy.
Sebagai
rasul dan pemimpin agung, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berputus asa
terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhinya. Baginda sentiasa
mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang
Islam. Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad
s.a.w. semasa berdakwah, menyebabkan Islam semakin kukuh dan tidak dapat
digugat oleh orang Arab Quraisy. Sehingga akhirnya Islam terus dikembangkan di
Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab.
Dakwah
Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana orang Arab
Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam. Oleh sebab
menerima tentangan yang berterusan daripada orang Arab Quraisy, Nabi Muhammad
s.a.w. telah memikirkan strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan
baginda telah berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah untuk
berbuat demikian. Begitulah sifat pemimpin yang agung, tabah dalam menempuh
pelbagai dugaan dan bijak dalam menangani cabaran demi mencapai kejayaan.
Disebabkan usaha penyebaran
Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, Nabi Muhammad s.a.w.
memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. setelah baginda
menerima perintah Allah dan untuk memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj. Di
Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang
unggul, iaitu kerajaan Islam Madinah dan meruskan dakwah Islamiah ke seluruh
Semenanjung Tanah Arab.
*Hijrah ke Habsyah
· Penghijrahan orang Islam ke Habsyah dari Makkah
merupakan hijrah yang pertama.
· Nabi Muhammad s.a.w. tidak turut berhijrah ke
Habsyah kerana ingin memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan
menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah.
· Ada antara orang Islam yang berhijrah ke Habsyah
menyusuli Nabu Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Madinah dan ada pula yang
kembali semula ke Makkah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|