Kemunculan Tamadun Islam


Kemunculan Tamadun Islam

Tajuk
♥ Pengenalan

♥ Masyarakat Arab Jahiliah

♥ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah

♥ Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum Dilantik Me...

♥ Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

♥ Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

♥ Penyebaran Islam di Makkah

♥ Penentangan Terhadap Islam

♥ Penerimaan Terhadap Islam

♥ Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah


Kumpulan
Ahli Kumpulan:
♥ Tio Mi Kin
♥ Chew Jia Yi
♥ Ong Wuey Qi
♥ Amanda Wong
♥ Joline Lee

Kelas:
♥ S4A

Sekolah:
♥ SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Penghargaan
♥ Pengetua, Cik Yeo Eng Sim
♥ Guru Sejarah, En Mohammad Naim
♥ Blogger

Rujukan
♥ Google
♥ Wikipedia
♥ Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

Komen
Pengenalan
Secara umum, tamadun awal dunia terbentuk di lembah sungai seperti di Sungai Tigris dan Euphrates, Sungai Nil, Sungai Indus dan Sungai Hwang Ho. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza daripada kemunculan tamadun Islam. Kemunculan tamadun Islam dianggap unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang, iaitu di Hijaz. Oleh itu, pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikiran dan ajaran agama di samping merupakan anugerah Allah kepada umat manusia. Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di utara Semenanjung Tanah Arab.


*Hijaz
  • terdapat tiga buah kota di Hijaz, iaitu Makkah, Madinah dan Taif.
*Makkah
  • terletak kira-kira 80 kilometer dari Pelabuhan Jeddah
  • merupakan ibu kota Hijaz yang terletak dalam pemerintahan kerajaan Arab Saudi
Lokasi tamadun Islam dan keluasannya
Makkah

0 komen

Masyarakat Arab Jahiliah
Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang Islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak kehiduapan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab, dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun, iaitu dari tahun 300M. hingga 610M. seperti yang ditunjukkan dalam carta masa di bawah. Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman. Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa dan sebagainya.
Tarikh
    300 M.
570 M.
610 M.
Peristiwa
Pecahnya Empangan Maarib
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Turun wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bermulalah zaman Islam
 Carta Masa: Jangka Masa Zaman Jahiliah



Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Akhlak mereka adalah rendah, misalnya mereka bersifat kejam, angkuh dan degil. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.

*Empangan Maarib
  • disebabkan berlakunya banjir besar
  • disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk membaikinya semula
*Kerajaan Sabak
  • wujud dalam dua peringkat iaitu:
1. 950-650 S.M.
2. 650-115 S.M.
  • ekonominya berasaskan pertanian dan perdagangan
  • pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang dikenali sebagai Ratu Balqis
*Nabi
Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri.

*Rasul
Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai.

*Wahyu
Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jibril.

*s.a.w. merupakan singkatan bagi sallallahu alaihi wassalam yang bermaksud Allah merahmati Nabi Muhammad.

0 komen

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah
Secara umum, masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pedalaman, iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab. Oleh sebab kawasan petempatan mereka berbeza, maka, secara tidak langsung cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza. Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak. Mengikut fahaman mereka, seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki. Kedudukan lelaki dalam masyarakat Arab Jahiliah pula adalah rendah sehingga mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Terdapat dalam kalangan mereka yang menanam bayi perempuan hidup-hidup sejurus dilahirkan. Pembunuhan terhadap bayi perempuan dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Dalam soal perkahwinan pula, tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh masyarakat Arab Jahiliah. Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. Sikap para pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata. Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah. Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dan setiap kabilah. Selain itu, eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.


Terdapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah, iaitu agama wathani (menyembah berhala), animisme (memuja alam seperti pokok), samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan (seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung).

Berdasarkan catatan al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif. Setelah kira-kira 3500 tahun, penganut agama Hanif telah melupakan ajaran ini secar beransur-ansur. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sesebuah kawasan. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taasub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing. Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka. Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu. Antaranya, bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai. Beliau juga mestilah berfikiran matang, gagah, berani dan pandai berpidato.


*Kafilah

Kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan satu tujuan, contohnya berniaga atau berpindah.

*Khurafat

Kepercayaan karut atau tahyul
  • Antara kepercayaan khurafat:
1. mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang  mesti berpandukan arah burung
2. mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum
3. mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan seseorang itu kuat


*Sebelum kemunculan Islam telah wujud agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi-nabi terdahulu.
  • Agama Hanif disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s..
  • Penganut agama ini digelar Hunafah
  • Pengikut ajaran agama Hanif pada zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. ialah:
1. waraqah bin Naufal
2. Uthman bin Huwairith
3. Abdullah bin Jahsh
4. Umaiyah bin Abi Salt

0 komen

Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
Nabi Muhammad s.a.w berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal, iaitu Qusai bin Kilab, namun, keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim, iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah, kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Dengan penguasaan terhadap Makkah, Kaabah dan telaga zamzam juga dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad s.a.w Keturunan Nabi Muhammad s.a.s memang bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok-belok perniagaan.

Selain Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Muttalib, iaitu datuk Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah memerajui kepimpinan Makkah pada Zaman Jahiliah.

Nabi Muhammad s.a.w berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormatI oleh kabilah Arab yang lain. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda Aminah binti Wahab. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M, iatu pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan  di rumah datuk baginda Abdul Muttalib dan beliau telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji.

Nabi Muhammad s.a.w.
Bapa baginda meninggal dunia pada ketika Nabi Muhammad s.a.w. masih dalam kandungan ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan, Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab pula telah meninggal dunia dan baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib. Selepas Abdul Muttalib meninggal dunia, baginda dipelihara pula oleh Abdul Talib iaitu bapa saudara baginda. Dengan ini Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun. Kaum keluarga baginda pula sangat prihatin terhadap terhadap baginda dan seterusnya sanggup pula membela dan memberikan kasih saying yang sewajarnya.

Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari segi pekerjaan, baginda pernah menggembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib. Pengalaman baginda dalam bidang pernigaan pula diperoleh sejak baginda berusia 12 tahun, iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam, sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab. Selain itu, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di basrah.

Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkaya lagi pengalaman baginda.

Pada ketika berusia 20 tahun, baginda lebih giat berdagang dan baginda pernah berniga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya. Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid. Abu Talib telah menemui Khadijah danmeminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah.

Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba Khadijah. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda serta kepandaian baginda mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperoleh keuntungan yang berlipat ganda. Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berniaga telah menimbulkan perasaan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan. Peristiwa ini berlaku pada ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.
0 komen

Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w memiliki empat sifat terpuji yang utama, iaitu siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanh (bijaksana). Sifat siddiq Nabi Muhammad s.a.w. diakui sendiri oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Makkah.
Baginda digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong. Panggilan al-Amin terhadap Nabi Muhammad telah menjadi sebati di kalangan masyarakat Arab sehinggakan panggilan Nabi Muhammad tidak digunakan. Sifat amanah yang dimiliki oleh Nabi Muhammad telah menyebabkan Khadijah binti Khuwailid meyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk baginda untuk diperniagakan. Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadaoi pelbagai rintangan.
Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Contohnya, semasa berumur 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan Arab Quraisy. Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad (batu hitam )ke tempat asalnya, iaitu penjuru timur Kaabah.Hajar Aswad ini terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.
Hajar Aswad

*Peristiwa Perletakan Semula Hajar Aswad
Banjir menyebabkan Hajar Aswad terjatuh daripda posisi asalnya. Semasa hendak meletakkannya semula timbul pertelingkahan dalam kalangan kabilah Arab Quraisy. Mereka bersepakat untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai  hakim. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Nabi Muhammad s.a.w. telah meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban. Wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya.Tindakan baginda itu menyebabkan semua kabilah berpuas hati.

*Hajar Aswad
  • Asal usul
Hajar Aswad telah ada di sisi kaabah sebelum Nabi Muhammad s.a.w. lahir.Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad tidak mengubah posisinya.
  • Kepentingan
Umat-umat Islam yang bertawaf di kaabah dianjurkan untuk menghormatinya.
Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana sifat kepimpinannya serta sifat pengasihnya dan timbang rasanya. Baginda sertng membantu isterinya memasak, melayan anak, menampal pakaian yang koyak gan membersihkan rumah. Anak;anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anaknya.Hal ini menunjukkan baginda mengamalkankehidupan yang sederhana.
Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati masyarakat tetapi baginda sentiasa merendah diri memandangkan baginda bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Selain itu, baginda juga bersikap penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak. Semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun630M., baginda telah menunjukkan sifat pemaaf.Contohnya, orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga terkenal dengan sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Sifat ini terserlah semasa baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628M. dengan orang Arab Quraisy Makkah.Walaupun kandungan perjanjian tersebut kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya sebagai hikmah untuk menyebarkan Islam seterusnya.
Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah. Nabi Muhammad s.a.w. mula berusaha mencari suatu cara untuk dapat mengubah nilai yan dipegang oleh masyarakat di sekelilingnya. Baginda bertahannuth(mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di Bukit Nur(Jabal Nur). Walaupun Gua Hirak terletak di puncak Bukit Nur tetapi baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata-mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang. Dengan sepenuh jiwa raba baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Arab Quraisy Makkah.
Selepas lebih kurang 6 bulan Nabi Muhammad s.a.w. berulang-alik dan bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya, pada 6 Ogos tahun 610M.,bersamaan 17 Ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu pertama kepada  Nabi Muhammad s.a.w.melalui Jibril.Pada waktu itu, Nabi Muhammad s.a.w.berumur 40 tahun.Dengan turunnya wahyu ini, bermula era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab Jahiliah. Wahyu ini juga menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.
0 komen

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
Wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya banyak membaca.

Seterusnya, wahyu kedua diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., iaitu surah al-Muddasir, ayat1-7.Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. Sejak turunnya ayat al-Quran ini Nabi Muhammad s.a.w. terus –menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy Makkah.

Nabi Muhammad s.a.w. mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa. Nabi Muhammad s.a.w. menggesa masyarakat di sekelilingnya untuk meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh dan mencuri.
0 komen

Penyebaran Islam di Makkah
Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat,iaitu pada mulanya (3 tahun) dan kemudian secara terbuka (10 tahun). Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada ahli keluarga baginda. Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah supaya dakwah Islamiah dilakukan kepada masyarakat Makkah secara terang-terangan.
Baginda telah menjalankan dakwah Islamiah secara rahsia kepada keluarga baginda sendiri dan sahabat yang rapat. Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid  (isteri Nabi Muhammad s.a.w.), Ali bin Abu Talib (sepupu Nabi Muhammad s.a.w.), Zaid bin Harithah (anak angkat), dan Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib).Melalui Abu Bakar, beberapa orang tokoh Quraisy (Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu Arqam)telah memeluk agama Islam.Kemudian, al-Arqam bin Abu Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah. Walaupun bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil, ini merupakan kejayaan yang sangat besar bagi baginda. Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah memerlukan pengorbanan yang besar. Ketinggian akhlak  Nabi Muhammad s.a.w.dan kejujuran para sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan. Mereka yang memeluk Islam pada peringkat awal ini bukan sahaja terdiri daripada golongan bawahan malah golongan bangsawan seperti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq.

Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Muttalib, iaitu kaum kerabat baginda setelah turunnya ayat al-Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat baginda. Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah bermusyawarah majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib. Dalam majlis itu, Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan tentang Islam. Pada peringkat ini, terdapat antara keluarga baginda yang menerima dan juga yang menolakseruan baginda. Orang yang paling kuat menentang ialah Abu Lahab, bapa saudara baginda.

Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit Safa, Makkah, setelah Allah menurunkan perintah menerusi ayat al-Quran, al-Hijr, ayat 94. Majlis ini dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah. Antaranya termasuklah ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad. Perbasan hebat telah berlaku antara  Nabi Muhammad s.a.w.dengan Abu Lahab yang telah menghina baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu.
0 komen

Penentangan Terhadap Islam
Penentangan terhadap dakwah Islamiah dilakukan dengan pelbagai cara. Selain dicemuh, Nabi Muhammad s.a.w. turut diganggu semasa beribadat. Contohnya, semasa baginda bersembahyang, benda- benda yang kotor telah diletakkan di tengkuk baginda. Malahan ada orang yang ingin membunuh baginda.

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam sedangkan kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w. telah diakui? Penentangan orang Arab Quraisy Makkah terhadap ajaran Islam adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya termaksuklah perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab Quraisy dengan Islam. Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun- temurun mereka, iaitu menyembah patung berhala dan mempercayai animisme.

Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia. Prinsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. Selain itu, mereka juge menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka. Begitu juga dengan amalan dan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam.

Dari segi politik, penentangan ini berlaku disebabkan oleh orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi. Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka akan terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhmammad s.a.w.. Sejak dahulu masyarakat Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah. Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. sedikit sebanyak akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w. berasal daripada keturunan yang menguasai kepimpinan kota Makkah.

Penyebaran Islam juga menggugat ekonomi orang Arab Quraisy kerana hal ini menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala yang merupakan sebahagian daripada aktiviti ekonomi mereka. Ini disebabkan Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah Yang Maha Esa dan melarang penyembahan berhala. Dengan penyebaran Islam, secara tidak langsung perniagaan patung berhala akan terjejas.

Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam dilakukan secara berterusan dan menerusi pelbagai cara. Penyair Arab Quraisy sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka. Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dikenakan kepada Nabi Muhammad s.a.w., namun, baginda menghadapinya dengan tabah dan sabar. Inilah keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang berwibawa dan yang tidak pernah kecewa dengan dugaan yang ditempuhinya. Kesabaran merupakan kunci kejayaan kepada orang yang berjuang dalam apa bidang sekalipun.

Setelah gagal menggunakan kekerasan, orang Arab Quraisy juga telah memujuk Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan dakwah Islamiah. Pujukan yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta. Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. dengan tegas menolah cubaan untuk merasuah baginda.

Orang Arab Quraisy juga telah melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda. Mereka telah menulis pernyataan tentang pemulauan itu dan menggantungkannya di Kaabah.


*Bentuk pemulauan kepada keluarga Nabi (Bani Hashim dan Bani al- Muttalib)
·    Orang Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w..
·    Mereka tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w..
·    Mereka tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w..


Semasa pemulauan ini berlangsung, kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam sangat terhimpit. Walau bagaimanapun, Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad, sentiasa melindungi dan membantu baginda. Pemulauan ini berjalan selama tiga tahun sahaja kerana kedapatan dalam kalangan orang Arab Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan ini dengan memberikan bantuan kepada orang Islam. Golongan Islam yang berkemampuan telah membantu golongan kurang berada. Khadijah sanggup berkoban dengan menyerahkan kesemua hartanya demi membantu perjuangan Islam yang suci. Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam bukan sahaja dilakukan oleh Khadijah di Makkah, malah diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan yang lain di Madinah. Hal ini membuktikan bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam usahah membangunkan sesebuah negara dengan memberikan bantuan yang diperlukan oleh pihak tertentu. Dengan bantuan dan sokongan tersebut, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan mudah.


*Aisyah
·    Nama sebenarnya ialah Aisyah binti Abu Bakar dan merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang paling muda.
·    Aisyah ialah wanita yang bijak, kuat ingatan, dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Islam.
·    Aisyah menjadi sumber rujukan utama bagi orang Islam tentang hukum- hukum Islam.

0 komen

Penerimaan Terhadap Islam
Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Di Makkah telah menimbulkan reaksi positif dalam kalangan masyarakat Arab Quraisy. Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda merupakan orang yang paling awal menerima dakwah Islamiah. Pada tahap ini, Nabi Muhammad s.a.w. memilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat awal kerana Islam masih baru dikenali dan bilangan penganut Islam masih sedikit. Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan.
Kebanyakan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba. Mereka memeluk Islam kerana tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia. Walaupun ada dalam kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap menerima Islam dengan penuh yakin. Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam termasuklah Bilal bin Rabah, keluarga Yassir, Amir bin Fuhairah dan Zunainah. Bilal bin Rabah telah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya, Umaiyah bin Khalaf. Manakala keluarga Yassir telah dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya, Sumaiyah, mati syahid. Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi gila dan Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.

Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu kerana kermurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah. Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah. Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah. Oleh itu, jasa dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana dengan pengorbanan baginda, Islam telah tersebar luas pada hari ini. Antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan antara nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disaran oleh Islam. Selain itu, Nabi juga membacakan ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat, di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.

Dalam menyebarkan Islam Nabi Muhammad s.a.w. telah menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya. Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah, tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam. Menerusi cara yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ity orang ramai mudah tertarik kepada Islam, walaupun sebelum ini mereka terlalu taasub dengan amalan tradisi masyarakat mereka. Selain itu, mereka juga telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w. yang sememangnya terkenal sebagai orang yang berakhlak mulia. Kekuatan mental, fizikal, dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan perkembangan Islam di Makkah. Kesemua sifat positif Nabi Muhammad s.a.w. ini menjadi teladan untuk kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita juga harus menyedari bahawa untuk mencapai kejayaan, kita hendaklah berusaha mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.


*Bilal bin Rabah
·    Beliau ialah hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah.
·    Beliau telah diseksa oleh tuannya dengan kejam, misalnya, dengan cara dijemur, diselar dengan besi panas, dan ditindih dadanya dengan batu. Walaupun diseksa dengan kejam, Bilal tetap beriman dengan Allah.
·    Abu Bakar al- Siddiq telah membeli Bilal daripada tuannya, Umaiyah, semasa beliau diseksa.
·    Beliau ialah muazzin (orang yang melaungkan azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam.
0 komen

Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah
Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., iaitu Abu Talib dan isteri baginda, Khadijah, meninggal dunia. Oleh itu, baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan dan penindasan tersebut. Antaranya termasuklah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan.

Nabi Muhammad s.a.w. dan Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk menyebarkan agama Islam ke tempat baru. Malangnya, usaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan daripada orang Arab Quraisy.

Sebagai rasul dan pemimpin agung, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhinya. Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang Islam. Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah, menyebabkan Islam semakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang Arab Quraisy. Sehingga akhirnya Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab.
Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana orang Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam. Oleh sebab menerima tentangan yang berterusan daripada orang Arab Quraisy, Nabi Muhammad s.a.w. telah memikirkan strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan baginda telah berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah untuk berbuat demikian. Begitulah sifat pemimpin yang agung, tabah dalam menempuh pelbagai dugaan dan bijak dalam menangani cabaran demi mencapai kejayaan.

Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, Nabi Muhammad s.a.w. memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. setelah baginda menerima perintah Allah dan untuk memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj. Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul, iaitu kerajaan Islam Madinah dan meruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.


*Hijrah ke Habsyah
·    Penghijrahan orang Islam ke Habsyah dari Makkah merupakan hijrah yang pertama.
·    Nabi Muhammad s.a.w. tidak turut berhijrah ke Habsyah kerana ingin memberikan tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah.
·    Ada antara orang Islam yang berhijrah ke Habsyah menyusuli Nabu Muhammad s.a.w. yang berhijrah ke Madinah dan ada pula yang kembali semula ke Makkah.
0 komen

Peta Minda
0 komen